Followers

Thursday, April 29, 2010

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK PEKAN NANAS

B. MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah
untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan
pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya
mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan
cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya
kerja yang baik.

C. OBJEKTIF
Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :
1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan
semasa membuat kerja
2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya
dengan teknik yang betul
3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D
4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang
mudah daripada pelbagai bahan kitar semula
7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada
alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian
bangunan
9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan,
memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran
11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta
mengamalkan etika perniagaan
12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan
berkesan
13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan
bertanggungjawab
14. Meminati bidang perniagaan
15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

Tuesday, September 16, 2008

Salam Ramadhan 'n' Aidilfitri

Hi all....
Kepada semua "selamat menyambut Ramadhan" dan "Syawal" yang bakal menjelang...

Kepada sesiapa yang memandu tu, berhati-hatilah semasa memandu...semoga selamat sampai ke destinasi.....